Thursday 14 June 2012

hadirnya engkau dahulu

melihat dari segala sudut pandangan pada seseorang tu mungkin berbeza2 kan ? pandangan pertama aku pada insan yang telah memberi aku hidayah .aku tak tahu kata2 dye akan menyedar kan aku dari segala silap yang pernah aku lakukan sebelum ni . pada mulanya , aku merasa kehadiran dia cukup lah sekadar mengisi ruang yang kosong kat hati ni . tapi ternyata , dia memberi aku 1001 kesedaran . aku manusia biasa yang sering melakukan kesalahan . tidak semua orang sempurna kan ? aku nak ucapkan terima kasih pada dia , yang sebenarnya dah banyak bantu aku . walaupun sekarang ni kami tidak lagi berkawan , aku tahu dia cuba mengelak dari aku . tapi kalau itu kehendaknya , aku sanggup asalkan dia bahagia . aku masih ingat lagi saat2 manis aku bersama dengannya . satu memori yang aku sndri pasti susah nak lupakan . dia sering kali mengingat kan aku pasal Solat . setiap kali aku mencuba melakukan ibadah wajib tuh , aku sering merasa sebak . mungkin kerana aku sedar , aku terlalu lalai sehingga melupakan Nya :( Allah ! tak kuat lagi aku menyeka setiap titis air mata yang mengalir . terlalu banyak dosa yang aku telah lakukan . kehadiran dia bagiku , amat bermakna . dia seorang insan yang sempurna . terima kasih Awak sebab melakukan ini semua pada saya :) mungkin perkenalan singkat kite membawa hikmah yang besar pada masa akan datang . InsyaAllah . Doakan saya terus berubah ke jalan yang diRedhaiNya . 

No comments:

Post a Comment